Flame

Monday, 25 July 2016

HEDONISME


PENGENALAN


Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk. Majoriti masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah baik.
Antara yang amat sinonim dengan budaya ini ialah sambutan pesta tahun baru secara besar-besaran yang lebih kepada aktiviti konsert, penyalahgunaan dadah, sambutan ulang tahun yang membazir dengan tempahan itu ini dan mengundang artis untuk mengadakan persembahan, gejala sosial seperti pergaulan bebas, bidang seni dan perfileman yang seringkali disalahguna, korupsi atau rasuah yang berleluasa.

Ramai anak muda lebih suka menghadiri konsert dengan muzik hingar bingar yang membingitkan daripada mendengar alunan suci Al-Quran. Terkinja-kinja di bawah pentas hingga lupa 5 waktu solat fardhu yang berlalu begitu sahaja. Masa terbuang begitu sahaja di pusat-pusat karaoke, sehinggakan laungan azan yang berkumandang di masjid berdekatan terasa menyakitkan telinga.
Artis luar negara dengan apa entah cara pemakaiannya dijemput dengan belanja beratus ribu malah berjuta, tapi belanja untuk perbaiki masjid berat untuk dikeluarkan. Belanja untuk mengadakan ceramah atau aktivti bercorak keagamaan terasa membazir. Ada yang lebih teruk, lebih suka berpegangan tangan atau lebih daripada itu, dengan teman wanita atau lelaki, padahal ibu ayah atau adik beradik sendiri jauh sekali.

Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang gejala hedonisme kerana ia merupakan satu perilaku ‘sub-budaya’ yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan dan berpegang kepada adab budaya ketimuran perlu menolak gejala ini. Malah, seluruh negara dan bangsa yang menghormati adab ketimuran serta berpegang kepada amalan dan kepercayaan agama-agama lain juga pasti tidak bersetuju terhadapnya.



1.0 MAKSUD HEDONISME


Hedonisme berasal dari perkataan Greek dan telah wujud sebelum Masihi lagi. Ia membawa maksud ‘kesenangan’ atau dalam erta kata lain, menjadikan kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani. Ia adalah pola pemikiran yang menjadikan hiburan sebagai jalan untuk bebas dari permasalahan dan tekanan batas kehidupan yang dianggap rumit. Salah satu masyarakat yang mengamalkan hedonisme ialah masyarakat Pompeii. Kini, masyarakat Pompeii hanya terbuku dalam lipatan sejarah dunia.

1.1 Gejala Hedonisme Dalam Masyarakat Kini.

Kini, hedonisme telah menjadi ‘ideologi’ gaya hidup bebas terutamanya remaja dan golongan belia sesetengah masyarakat kita. Ia menyusup masuk secara halus tanpa kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan pengkajian, budaya hedonisme ini sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak era 60an lagi tetapi dalam skala yang sangat kecil. Namun dari era joget lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang secara senyap sehinggalah ke era musik tekno, jungle dan sebagainya, seterusnya bangkit menjadi satu sub budaya yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat.
Budaya hedonisme mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata… “apa-apa pun ok, janji fun… “. Tak kisahlah apa cara sekalipun asalkan ianya dapat menaikkan kepuasan berhibur pada tahap yang maksimum dan berterusan. Kepada yang biasa mengikuti pesta, konsert atau gigs yang pada asasnya adalah biasa pastinya pernah mengalami situasi dimana sesuatu yang tidak dijangka menjadikan pesta atau konsert itu lebih ‘havoc’, panas atau merapu dari yang disangkakan. Kebiasaannya tamat pada jam 12 malam, tetapi ‘crowd’nya berterusan sehingga pagi. Ada juga yang menyambung pergi ke tempat-tempat hiburan lain atau berpesta di rumah-rumah bujang dan terus ber’party’ hingga ke siang hari... "berpesta tak ingat dunia punya".... itulah budaya hedonisme dan ia bermula dalam diri masyarakat itu sendiri.



2.0 PUNCA DAN AKIBAT HEDONISME



Ismail Ibrahim pernah membincangkan bahawa timbul pelbagai cabaran dan masalah dala merealisasikan wawasan 2020. Masalah dan cabaran yang timbul ini terlalu sukar untuk dibendung dan seolah-olah tidak terbendung kerana terlalu cepat, pantas dan ruang lingkup yang besar untuk diatasi. Dua perkara yang dinyatakan oleh beliau mampu menggugat moral dan etika yang ingin dipupuk bagi mencapai wawasan 2020 iaitu kebendaan dan seks begitu mudah meresap ke dalam jiwa masyarakat kini. (1996 : 87-89)

2.1 PUNCA HEDONISME

1) Penjajahan

Alwi Haji Abdullah menjelaskan bahawa sewaktu penjajahan berlaku dasar budaya Barat dilaksanakan berselindung disebalik istilah ‘pemodenan’, kemajuan dan pembangunan. Disebalik istilah inilah Barat berselindung untuk menyebarkan nilai-nilai kehidupan, pemikiran, pendidikan, kemahiran teknologi dan sejarah Barat. Proses “pemodenan” atau “pengeropahan” inilah yang mengekalkan kesinambungan cengkaman pengaruh Barat. Dalam merealisasikan penjajahan budaya ini, nilai-nilai tamadun Barat dijadikan ukuran sejagat ke atas tanah jajahan dan dalam masa yang sama turut berlaku pemaksaan idea, ideologi, nilai, pegangan amalan dan gaya hidup Barat. Tidak hairanlah jika sebuah negara bekas jajahan Barat mengamalkan apa yang ditinggalkan oleh penjajah mereka.(2005:76)


Penjajahan menurut Zakaria Stapa ialah penjajahan pemikiran dan gaya hidup pasca moden. Ini bermakna faham, pemikiran dan gaya hidup pasca moden satu bentuk ancaman yang besar kepada umat Islam. Unsur-unsur sekularisme disebarkan dalam berbentuk kecanggihan, kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi telekomunikasi dan satelit. Ini adalah kerana semua teknologi tersebut diberi nafas oleh Barat.yang secara asasinya tidak selari dengan roh dan semangat tamadun Islam, maka kemudahan dan manfaat yang dibawa oleh teknologi tersebut membawa juga bersama ancaman kepada pegangan akidah dan penghayatan akhlak umat Islam. Hasilnya, masyarakat Islam menganggap budaya hedonistik sebagai satu perkara yang sudah menjadi adat dalam kehidupan mereka dan dari sini muncullah gejala-gejala negatif sebagaimana yang sering tersiar melalui dada-dada akhbar mahupun penulisan yang berkaitan dengan gejala ini (1999:137-148).


2) Globalisasi

Globalisasi menyebabkan dunia menjadi semakin mengecil dan masyarakatnya menjadi saling bergantungan. Apa yang berlaku di satu rantau mempunyai kesan di rantau lain. (Mohd Yusof 1996 :1) Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan, perkampungan dunia dan langit terbuka. Faktor berlakunya globalisasi ialah ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi yang tinggi dan canggih. Globalisasi boleh meninggalkan kesan terhadap pemikiran dan gaya hidup. Globalisasi membolehkan pemindahan nilai dan cara berfikir serta cara bertindak dari satu daerah ke satu daerah dunia yang lain. Barat menggunakannya untuk memindahkan nilai mereka dalam bidang falsafah, pemikiran, ekonomi kapitalis dan kebudayaan hedonisme (pegangan hidup mementingkan keseronokan) secara serentak. (Pusat Dakwah Islamiah Brunei 2005 : 40-42)


3) Media massa.

Banyak penulisan sebelum ini yang membicarakan mengenai peranan media massa dalam menyebarkan fahaman atau apa sahaja. Banyak kajian dan penulisan yang menunjukkan bahawa media massa sebagai wasilah hedonisme .


Mustaffa Kamil Ayub telah menyatakan bahawa media massa mampu melakukan perkara yang sukar dilakukan oleh manusia. Ia boleh menemui, bersemuka dan berkomunikasi tanpa had dengan pelbagai bangsa. Apa yang berlaku di media massa biasanya mempengaruhi penontonnya lebih-lebih lagi jika sesuai dengan kehendak nafsu dan tidak ada kawalan. Kemajuan teknologi media massa dalam beberapa hal akibat daripada kurangnya kawalan juga boleh membawa ke arah kerendahan budi dan adab. Akibatnya berlaku pembocoran budaya yang kurang sihat berlaku secara meluas dalam media massa di Malaysia. Atas alasan ingin tahu, mahu up to date dan darah muda para belia, pelajar apatah lagi yang kurang didikan agama memudahkan bertambahnya kes-kes keruntuhan akhlak.(1994 : 84)


Unsur-unsur yang dipaparkan juga kebanyakannya berunsur hedonistik atau nilai gaya kebendaan yang boleh menarik perhatian orang ramai agar ia sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat. (Syed Mahadzir 2000 : 20 )

Oleh itu, media massa telah membawa suatu budaya baru dalam masyarakat terutamanya kepada generasi muda. Budaya ini diolah daripada media yang saban hari mengambil tempat ibu bapa sebagai satu tempelan kepada pembetukan peribadi. ( Ummu Yusof 2000 : 13 )

4) Hiburan

Manusia suka kepada berhibur bagi menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan. Ledakan hedonisme melalui hiburan yang paling besar di negara ini ialah apabila bermulanya program hiburan berbentuk realiti seperti Akademi Fantasia. Hafiz Hamzah mengatakan program realiti TV, Akademi Fantasia (AF) benar-benar meledakkan pangaruh yang luar biasa di kalangan penonton rancangan televisyen tanah air. Kemunculan Akademi Fantasia buat pertama kalinya di siaran Astro pantas menjadi tajuk perbualan orang ramai tidak kira tua atau muda. ( 2004 : 8-9) Jelasnya hiburan memang cukup sinonim dengan sanubari yang menginginkan keseronokan dan kegembiraan lebih-lebih lagi hiburan itu adalah hiburan yang serasi dengan jiwa kebiasaanya remaja yang sedang mencari identiti mereka. hiburan dan hedonisme memang berkait rapat.


Keempat-empat faktor tersebut merupakan pemangkin gejala hedonisme yang terbesar di dunia umat Islam kini namun ia sebenarnya bukanlah menjadi masalah bagi dunia Barat yang memang sudah sebati dengan nilai tersebut.



2.2 AKIBAT HEDONISME

Hedonisme merupakan satu ancaman yang bahaya yang menyerang umat Islam dari segi gaya hidup. Jika Muhammad Uthman (1977 :255) mengatakan ideologi sekularisme menggunakan medium pendidikan Barat sebagai faktor penyebarannya, maka hedonisme dapat dilihat melalui begitu menonjol sekali melalui hiburan. Hedonisme meninggalkan kesan ke atas umat Islam di dalam dua perkara yang dianggap teras agama Islam yang sepatutnya boleh bertindak sebagai pelindung umat Islam iaitu :

1. Akidah

Akidah merupakan perkara tunjang kepada seseorang muslim. Akidah yang mantap merupakan sumber kekuatan bagi seseorang muslim dalam melakukan kegiatan dan melahirkan semangat berjuang yang tinggi. ( al-Ghazali 2001 : 185) Ia boleh diiBaratkan sebagai akar tunjang yang menjunam jaum ke dalam tanah bagi mengekalkan sebatang pokok sentiasa tegak berdiri. Tanpa akidah, akan rosaklah nilai iman seseorang. Istilah hedonisme berintikan sekularisme memang memencilkan soal akidah kerana jika wujud akidah ia tidak dapat berkembang dengan bebasnya. Dalam hal ini, apabila seseorang mengamalkan ideologi ini diBaratkan sebagai menolak ketauhidan dan sudah pastilah akidah sebagai galang gantinya.

2. Akhlak

Akhlak iBarat pakaian seseorang dan tanpa akhlak seseorang diiBaratkan tanpa pakaian. Akhlak merujuk kepada sikap seseorang tentang perhubungannya dengan Tuhan, sesama manusia, alam sekitar dan haiwan. Orang yang baik akhlaknya, baik hubungan denga Tuhan, manusia, haiwan dan alam sekitar dan sebaliknya.( Mohd Yusof Ahmad 2003 : 136) Akhlak dalam Islam meliputi keseluruhan aspek kehidupan seseorang muslim yang telah ditentukan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Hedonisme ialah salah satu sistem moral dalam masyarakat Barat yang meletakkan pengukuran keseronokan sebagai ukuran bagi semua pekerjaan yang dilakukan dan sudah pastilah seronok itu dalam perkara-perkara yang berkait dengan nafsu. Apabila nafsu tanpa kawalan akal, maka hancurlah akhlak.

Dua tunjang uatam dalam Islam ini sepatutnya bertindak menjadi senjata yang paling ampuh dalam melawan ideologi Barat ini. Jika ia rosak, sememangnya tidak patut dihairankan mengapa umat Islam boleh menjadi rosak juga.


Islam sebagai ubat



Setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan sakit tua dan mati, cuma masa yang diambil untuk menyembuhkan sesuatu penyakit mungkin mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Demikian juga dengan penyakit mementingkan nafsu yang memerlukan pencegahan dan rawatan yang begitu rapi dan teliti kerana jika tidak dibendung dan dikawal akan menghilangkan jati diri sebagai umat Islam. Islam itu sendiri adalah sebagai ubat bagi menghadapi gejala-gejala hedonisme dan berikut adalah aspek dalam Islam yang boleh berfungsi sebagai pengawal dan pencegah hedonisme buatan Barat ini :


a) Dakwah

Dakwah bertujuan mendekatkan diri manusia kepada pencipta alam ini. Jika seseorang itu bukan Islam maka dakwah bertujuan memperkenalkannya kepada Islam sebagai jalan mengenal Allah dan jika sudah pun Islam maka dakwah bertujuan meperkuatkan lagi penghayatan keislamannya. Dakwah kini perlu disebarkan melalui skop yang besar sejajar dengan skop globalisasi. Ruang-ruang yang yang tidak bersifat ketuhanan perlu segera diisi dengan roh Islamiah agar dapat mengatasi masalah akidah dan akhlak manusia sebagaimana menurut Muhammad Uthman (1977 : 265) perlaksanaan tugas dakwah islamiah dengan syarat-syarat dan aturan yang baik dan tepat sebagaimana yang ada dalam ajaran rohaniah Islam perlu dijalankan. Hal yang demikian adalah kerana di dalam dakwah penuh dengan nasihat, pesanan keagamaan, dan bersifat sosial serta teladan yang mengajak masyarakat menghindari diri dari hal yang negatif kepada hal yang positif. Ia semakin signifikan apabila dakwah dapat dilakukan secara profesional merangkumi semua lapisan masyarakat sekaligus menyentuh aspek fikiran dan rohani mad’u. Keprofesionalan pendakwah perlu kerana masyarakat semakin bijak menilai tetapi dalam masa yang sama mereka menghadapi kemelut dalaman yang meruncing. (J. Suyuthi Pulungan 2002 : 65-66)

b) Konsep bersederhana

Sebenarnya Islam telah meletak garis panduan yang ideal kepada umatnya agar dapat menjaga kemaslahatan ummah. Lakukanlah apa jua pekerjaan dan perkara tetapi harus beringat supaya tidak melampaui batas kerana agama Islam adalah agama yang menyuruh umatnya bersederhana sebagaimana firman Allah S.W.T. (2 : 143)

Maksudnya :
“Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ummat yang adil dan pilihan , agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia”

c) Ilmu Pengetahuan

Menuntut ilmu memang diwajibkan oleh Islam ke atas umatnya. Umat Islam mestilah mengenal pasti secara total segala permainan pemikiran dan cara-cara mengatasinya mengikut panduan ulamak. (Abdullah Nasih Ulwan 2003 : 99) Tanpa ilmu pengetahuan, satu bangsa pun tidak akan maju dan boleh membina tamadunnya sendiri. Ilmu pengatahuan akan mengelakkan umat Islam dari terpengaruh ke dalam unsur-unsur sekularisme tidak kira dari apa jua bentuknya.

d) Malu

Rasa malu adalah adalah unsur yang positif dalam tabiat manusia. Rasa malu mengungkapkan nilai nilai keimanan seseorang dan menunjukkan tingkat peradabannya. (Al-Ghazali 2001 : 303) Sebagaimana hadis yang menyarankan agar umat Islam bersifat malu. Malu di sini bermaksud malu mengerjakan kejahatan dan segala perbuatan yang hina atau malu kerana ketinggalan dalam melakukan kebaikan dan kemuliaan. Malu seperti ini akan menjaga manusia dari kejahatan dan membawa kepada keselamatan dan kemajuan.


3.0 ISU HEDONISME YANG DIKETENGAHKAN MASTIKA KELUARAN JUN-OGOS 2007


Skim cepat kaya

Isu yang diketengahkan Mastika pada bulan Jun 2007 tidak banyak melibatkan perbincangan yang jelas budaya hedonisme dikalangan remaja. Akan tetapi beberapa isu yang diketengahkan mempunyai sedikit sebanyak pengaruh keseronokan yang melampau yang melanda masyarakat. Antara isu yang diketengahkan adalah Skim Cepat Kaya. Salah satu kisah yang dipaparkan mastika adalah pengalaman pengurus skim cepat kaya yang mengaku berjaya menipu ramai masyarakat. Disebabkan terlalu inginkan ‘keseronokan’ bersifat kebendaan, ramai dikalangan masyarakat terpengaruh sehingga membelakangkan agama. Pengurus itu juga mengakui bahawa dia juga sangat inginkan kekayaan dengan jalan mudah sehingga sanggup menjalankan perniagaan secara menipu. Isu kedua yang disiarkan mastika adalah kes pembunuhan seorang gadis berusia 16 tahun, Gadis ini dipercayai dirogol dan dibunuh oleh dua remaja berusia 16 dan 17 tahun .

Isu ketiga yang diketengahkan Mastika adalah budaya bertatu dikalangan remaja. Budaya bertatu pada fikiran remaja adalah salah satu bentuk ‘seni’. Didalam temubual Mastika dengan remaja yang bertatu, walaupun menyedari amalan bertatu adalah haram remaja tersebut secara jelas mengatakan punca dia melakukan perkara tersebut disebabkan mencari keseronokan. Hal ini secara tidak langsung mencerminkan pemikiran hedonisme sangat mempengaruhi remaja ini.


Wanita dan seks

Dalam edisi Julai 2007, mastika memaparkan isu seksualiti sebagai isu utama. Antara kes yang terlibat dalam isu ini adalah berkaitan pelacuran. Dalam kes pelacuran. Mastika memparkan kisah mengenai detik seorang yang terjebak dalam kancah pelacuran. Didapati wanita ini terjebak dalam kancah pelacuran disebabkan ingin seronoh dan hidup senang. Isu kedua adalah melibatkan ‘Bohsia’ yang tenggelam dalam dunia keseronokan sehingga sanggup menggadai badan. Mereka menganggap apa yang terbaik untuk mereka adalah dapat menikmati keseronokan tanpa sempadan.

Selain itu, Mastika juga turut memaparkan keseronokan remaja terhadap hiburan. Dalam keluaran ini, Mastika mengambil contoh kejadian yang berlaku di dalam konsert Gang Starz di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dalam artikel ini, Mastika telah memfokuskan beberapa perkara dalam konsert tersebut. Perkara pertama yang menjadi sasaran mestika adalah personaliti penonton. Kebanyakan penonton yang datang mewarnakan rambut mereka dengan pelbagai fesyen dan warna, manakala sebahagian besar penonton wanita berpakaian seksi.. Fokus kedua yang menjadi pilihan mastika adalah sikap penonton semasa persembahan. Mastika mendapati hampir keseluruhan penonton bertempik dan menari semasa persembahan sedang berlangsung.


Penagihan dadah

Mastika Edisi Ogos 2007 telah mencetuskan satu perbincangan baru mengenai gelaja penagihan dadah yang berlaku dalam masyarakat. Gejala ini bukan sahaja merosakkan diri penagih malah turut menambah beban Kerajaan membasmi jenayah pengedaran dadah. Dalam isu kali ini, Mastika memaparkan tiga artikel berkaitan penyalahgunaan dadah. Artikel-ertikel ini melibatkan penagihan Syabu, Gam[dan kesan penagihan terhadap tubuh badan. Berdasarkan artikel-artikel ini, dapat disimpulakan bahawa penagihan dadah banyak melibatkan remaja. Selain itu, faktor utama yang mempengaruhinya adalah ingin mencari keseronokan dan tekanan yang melampau.







3.1 KHURAFAT


Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

3.1.1 Contoh-Contoh Perbuatan Khurafat Yang Masih Diamalkan

1) mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

2) mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

3) membuang ancak bagi menghalau hantu

4) mengunjungi kubur yang dianggap keramat



3.1.2 Faktor Perbuatan Khurafat Masih Lagi Wujud Dikalangan Umat Islam



1) iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat.
2) terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
3) ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

3.1.3 Akibat Buruk Jika Mempercayai / Mengamalkan Perbuatan Khurafat

1) menyebabkan syirik dan batal iman
2) membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
3) menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

3.1.4 Cara Menangani & Membenteras Perbuatan / Aktiviti Khurafat Dikalangan Masyarakat Islam

1) menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
2) mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara kurafat
3) mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

Contoh filem yang mengandungi unsur-unsur khurafat ialah JWANITA. Filem ini mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya selepas Jwanita bertemu dengan Farhan yang bekerja sebagai doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.

Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula.

Jwanita kembali dengan perwatakannya yang jauh berbeza, namun dengan azam dan dendam durjana.


3.1.5 Unsur Yang Terdapat Dalam Filem Jwanita :

1) Jampi serapah 

  • unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta kepada batu atau kayu dan sebagainya.


2) Penggunaan tangkal 

  • di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.


3) Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).


  • Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia.


4) Perasapan kemenyan 

  • dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah. Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.


5) Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.


  • Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.



6) Upacara memanggil roh.


  • Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.


3.1.6 Kesan-Kesan Negatif Daripada Kepercayaan Khurafat

Kercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.


Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan perpecahan dalam masyarakat kita.


3.1.7 Cara-Cara Mengatasi Atau Menghapuskan Kepercayaan Khurafat


Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan masyarakat hari ini usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.


Sebagai kesimpulannya isu-isu yang diketengahkan Mastika diantara Keluaran Jun-Ogos adalah

1. Sukakan Kebendaan dalam Skim Cepat Kaya

2. Pemerkosaan

3. Budaya Bertatu

4. Wanita dan Seks

5. Remaja dan Hiburan

3.2 ISLAM DAN HEDONISME

Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan ummah..


Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman.Konsep Keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsure ketundukan yang tulus dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur cetusan atau ransangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di alam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup hariannya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya..


Merujuk kepada defenisi diatas, jelas sekali budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai paksi pemikiran.


Selain itu dalam pengertian ‘kebaikan’ terhadap individu, Pandangan Islam amat bertentangan dengan konsep ‘kebaikan’ dalam Hedonisme. Islam melihat konsep ‘kebaikan’ adalah melibatkan pembangunan ummah yang memberi fokus kepada aspek pembangunan berteraskan ketuhanan atau kerohanian berbanding dengan kemajuan yang berbentuk kebendaan agar manusia bukan sahaja mendapat ‘Kebaikan’ di dunia tertapi juga mendapat ‘kebaikan di akhirat’. Manakala ‘Kebaikan’ yang dibawa hedonisme adalah apa-apa yang berbentuk keseronokan..



4.0 CARA MENYELESAIKAN MASALAH



Mendekatkan diri pada Tuhan


  • Setelah melakukan hal-hal di atas, jangan lupa diiringi dengan peningkatan iman kepada Tuhan agar selalu bersyukur atas apa yang telah dimiliki dan nggak mudah iri pada orang lain. So, jangan sampai kamu terjebak dalam gaya hidup hedonisme


Berhati-hati dalam memilih teman


  • Berteman dengan siapa saja, namun tak semua orang bisa menjadi teman kita. Lingkungan pergaulan dapat mempengaruhi kepribadian serta gaya hidup, maka dari itu, berhati-hatilah dalam memilih seseorang sebagai teman. Namun, bukan berarti kamu pilih kasih. Kamu juga menyaring orang-orang yang bisa memberi efek buruk pada dirimu.


Nilai-nilai Islam


  • Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana didalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa kini. Jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap.


  • Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah darirebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil.


Dakwat


  • Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Skop yang perlu dikaji:



  • Mengapa agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian? Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.


Penerangan ilmu agama


  • Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan'kolot' oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat danfahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan.


  • Terangkan juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki danperempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya. contohnya tidak boleh berdua-duan dengan yang bukan muhrim mahupun bersentuh-sentuhan.



KESIMPULAN

Hedonisme tidak hanya sebuah gaya hidup yang serba bebas, melainkan sebagai pemikiran dan kepercayaan yang tentunya berakhir pada kehancuran nilai-nilai agama. Kesenangan yang ditawarkan dalam budaya hedonism tidak lain bersifat fana dan menipu. Apa yang kini dianggap moden belum tentu berbuah baik bagi kehidupan manusia. Dadah, seks bebas, muzik, rasuah, dan sebagainya adalah sebahagian dari beberapa tindak tanduk yang dilakukan kerana hanya ingin mencari kenikmatan dan kesenangan.

Hedonisme selalu mengakibatkan keburukan bagi kehidupan manusia. Aspek aqidah, prilaku, system ekonomi, politik, sosial, dan kesihatan, akan menjadi hancur dan kacau akibat buruk dari gaya hidup yang ego ini.

Budaya hedonisme tidak boleh disesuaikan sama sekali dengan Islam lantaran akarnya tumbuh dari Sekularisme. Islam melihat hiburan dan keseronokan sebagai alat untuk menenangkan jiwa, bukan sebagai matlamat yang mesti dipenuhi setiap masa.

Justeru, akar hedonism ini mesti dileburkan sehancur-hancurnya dalam jiwa masyarakat Islam. Semestinya wajib bermula daripada diri-diri pelajar-pelajar agama yang bertanggungjawab mendidik generasi ummah ini.Setiap perlakuan, tindakan dan perancangan mesti berpaksikan kepada nilai-nilai Islam.


Perkara ini wajib ditanamkan dalam jiwa 'keberadaan Allah' dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Hanya dengan menyuburkan Islam dan segala nilai-nilainya dalam jiwa, bangkai hedonism bakal tercampak jauh.


































1 comment:

  1. sayang isi ada boleh guna untuk assigment tapi tak leh amik sbb info pasal penulis takde untuk tulis bahagian rujukan

    ReplyDelete